MEE TARIK LANZHOU

 

 Mee tarik lanzhou merupakan salah satu tarikan yang ada di Pasar Seni. Mee tarik ini diinspirasikan dari budaya cina. Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba disini dan salah satu yang menjadi makanan kegemaran saya adalah ''BEEF RAMEN''. Tekstur mee yang tidak halus dan tidak terlalu tebal itu telah meningkatkan kelazatan mee tersebut. Kuah yang terasa daging tapi tidak hanyir itu apabila digabungkan dengan minyak chili itu akan lagi meningkatkan rasa keenakan makanan tersebut. Dumpling yang dihidangkan dengan saiz yang sederhana itu mempunyai isi yang padat. Kualiti makanan seperti ini tidak mudah untuk didapati di kedai mee tarik yang lain. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan untuk tempat yang agak popular dan menjadi sebahagian dari tempat perlancongan. Layanan yang diberikan kepada pelanggan juga sangatlah baik, dimana saya dan rakan-rakan tidak perlu menunggu dengan lama. Setiap minggu saya dan rakan-rakan akan berkunjung ke sini untuk menenagkan fikiran sambil menikmati kelazatan mee tersebut.






 

Comments

Popular Posts