Kehidupan Di Matrikulasi
Bagi sesetengah pelajar lepasan SPM kebanyakkan dari mereka menganggap bahawa matrikulasi adalah salah satu platform yang susah untuk melanjutkan pelajaran dengan menggunakan jalan yang lebih cepat. Hal ini kerana mereka sering digemparkan dengan cerita yang buruk tanpa mengetahui perkara yang manis apabila melanjutkan pelajaran disini. Pada mulanya aku juga tidak mahu meneruskan pelajaran disini kerana mengikut pandangan orang luar. Kebanyakkan dari mereka mengatakan bahawa belajar disini haruslah terkejar-kejar dan tiada rehat kerana masa yang singkat, tetapi setelah aku merasainya pandanganku mulai berubah. Bagi aku, kehidupan di sini sangatlah santai dan seronok. Kebanyakkan perkara kita hanya belajar semula seperti matematik dan akaun. Bagi aku matrikulasi adalah tempat yang dapat melatih diri kita untuk bersiap sedia untuk menuju alam di univerisiti. Tidak kisah di mana pun kita belajar sekiranya kita berusaha pasti akan berjaya juga. Pengalaman di matrik ini tidak akan aku lupa sampai bila-bila.
Comments
Post a Comment