GENTING SKYWORLDS

 Setelah sekian lama, kini GENTING HIGHLAND THEME PARK dibuka semula dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan didatangkan dengan dua theme park iaitu outdoor dan indoor. Tiket yang dijual bermula dengan harga RM100 dan ke atas. Setelah berkunjung ke tempat ini, saya merasakan tempat ini seronok untuk berhibur tetapi tidak berbaloi. Pelbagai orang yang datang untuk merasai pengalam baharu ini tidak kira pelancong dari negara lain atau dari negara ini. Oleh itu, semua pengunjung harus beratur untuk merasai permainan tersebut.Hal ini mengambil masa yang agak lama dan ada juga permainan yang harus ditutup buat seketika kerana masalah teknikal dan sebagainya. Saya hanya dapat merasai 3 permainan sahaja dengan bayaran yang tinggi, sedangkan saya berada di situ dari waktu pembukaan 10 pagi sehingga lah tutup pada pukul 6 petang.Sekiranya para pengunjung mempunyai modal atau wang yang lebih mereka mungkin boleh membeli tiket yang mempunyai fast lane untuk menjimatkan sedikit masa. Makanan di situ juga teramatlah mahal bagi saya yang saya rasa harganya adalah sangat tidak berpatutan untuk rasa yang sebegitu.Air mineral juga boleh tahan harganya. Dinasihatkan sekiranya ingin berkunjung kesini,lebih digalakkan untuk membawa makanan atau minuman dari bawah.Tetapi ada perkara yang berbaloi untuk dinikmati disini iaitu pemandangan dari atas sangatlah menenangkan jiwa yang mungkin penuh dengan kekacauan. Udara yang segar dan cuaca yang tidak panas dan tidak sejuk juga mungkin menjadi tarikan utama di sini. 

 


Comments

Popular Posts