ILMU YANG TIDAK MUDAH DIGAPAI

Setiap manusia dihadirkan dengan pelbagai dugaan hidup , tetapi buat diri ini aku diberikan dugaan melalui kesihatan. Dari zaman persekolahan dengan memakai uniform lengkap sehingga menjejakkan kaki ke alam universiti dengan pakaian yang bergaya aku masih diuji dengan kesihatan. Betul lah yang diceritakan dulu, tidak semudah itu untuk menimba ilmu. Sakit pening demam itu perkara biasa buat diri ini. Apabila menjejakkan kaki pertama kali di univerisiti,aku diuji dengan positif covid. Bagi diri ini itu hanyalah biasa pada masa kini.Beberapa bulan kemudian, aku diuji lagi dengan penyakit apendiks di minggu ke13 pada sem pertama . Dalam fikiran orang ramai sudah pasti aku merasa seperti tidak boleh bangun dan harus dibedah pada hari itu . Tetapi tidak.Aku hanya diberikan sakit seperti cirit birit yang tidak terhenti.Pada mulanya aku merasa seperti keracunan makanan tetapi aku disahkan appendix. Aku ditahan wad dan dikehendaki melakukan pembedahan pada keesokkan harinya. Diberikan cuti selama 2 minggu.Banyak assigment yang harus dikejar dan banyak perkara yang harus dibelajar dengan sendiri.Tetapi takdir tuhan itu selalu indah. Walaupun aku tidak dapat keputusan dengan pointer yang melayakkan aku mendapat '' DEKAN'' tetapi aku tetap bersyukur kerana usaha ku dalam keadaan yang sakit membuahkan hasil. 

Comments

Popular Posts