PERMULAAN KEHIDUPAN

 Diri ini tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang. Segala kudrat yang ada haruslah digunakan untuk memenuhi keinginan diri. Aku bermula berkerja untuk mencari wang sendiri bagi meringankan beban ibu dan ayah yang semakin hari semakin tua. Aku diberikan rezeki dalam pekerjaan di sebuah kedai ais krim yang baru mula bertapak dalam pasaran. Aku diajar untuk berdikari dengan sendiri tanpa bantuan ibu dan ayah. Diarahkan untuk menjayakan pembukaan kedai. Keluar pagi balik pagi. Dari sini aku belajar bahawa tidak mudah untuk mencari wang. Harus menahan diri dari segi fizikal dan mental. Dimarah oleh boss dan pelanggan itu adalah perkara biasa. Tetapi pengalaman ini membuatkan aku lebih berani untuk mencuba sesuatu yang luar di dalam bidang diri ku. Dinaitkan pangkat menjadi ''marketing assistant  dan ketua kepada kawan-kawan yang lain. Tidak mudah untuk mencari pelanggan. Pelbagai media dan platform telah aku gunakan. Berkat usaha yang tidak terhenti dari semua pihak kini kedai itu mampu bertapak di pekan yang kecil itu. Aku merasa bangga dengan diri sendiri kerana tidak berputus asa dengan mudah dan pengalaman ini banyak membentuk diri ini untuk menjadi seorang pelajar yang tidak mudah untuk berputus asa. 






 

Comments

Popular Posts