SUNGAI CONGKAK





Apabila memasuki alam universiti, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik untuk dicuba dan diterokai. Setelah beberapa tahun lamanya aku tidak aktif di dalam mana mana aktiviti yang melibatkan orang ramai, kini aku kembali aktif dan dimulakan bergiat aktif semula dengan menyertai kem mental health yang dianjurkan oleh pihak universiti. Melalui program ini , aku dapat belajar cara untuk berkomunikasi dengan orang yang aku tidak pernah kenal . Aku juga dapat mencuba perkara baru dan dapat keluar dari zon selesa. Di sana, aku berjumpa dengam ramai orang dari pelbagai fakulti. Kami berhubung dengan baik serta membentuk satu kumpulan yang hebat dan telah memenagi tempat ketiga dalam salah satu acara yang diadakan di sana. Walaupun dalam masa yang singkat, tetapi ia memberi kenangan yang hebat. 

Comments

Popular Posts