PANTAI SEPAT KUANTAN
Pantai sepat merupakan salah satu pantai yang terdapat di negeri Pahang. Pantai ini sesuai untuk dijadikan tempat untuk aktiviti perkhemahan. Keadaan di pantai ini agak bersih dan terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan kepada orang awam yang berkunjung disini seperti surau, gerai-gerai makanan, tandas awam dan juga rumah penginapan. Walaupun pantai ini agak jauh ke dalam tetapi suasana di pantai ini tenang kerana tidak ramai yang berkunjung ke sini. Bagi sesiapa yang ingin kan ketenangan dan mencari keindahan alam, mereka boleh berkunjung ke pantai ini kerana suasana di sini amat tenang dan jauh dari kesibukkan bandar. Keadaan pantai disini juga selamat untuk kanak-kanak bermain.
Pantai ini juga luas dan terdapat pelbagai aktivit yang menarik yang ditawarkan kepada para pelancong seperti menuggang kuda, merasai pengalaman menaiki ATV dan dibawa pusing-pusing pantai, bermain layang-layang dan lain-lain. Tempat letak kereta juga banyak disediakan disini . Pantai ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat perkhemahan dan juga hari keluarga.
Comments
Post a Comment