PENYAKIT STROK

Di sini aku ingin menceritakan pengalaman aku sebagai seorang anak yang hampir hilang separuh nyawanya apabila digemparkan dengan berita ayahnya yang terkena serangan strok. Strok adalah salah satu penyakit dimana minda kita tidak dapat lagi untuk mengawal pergerakkan yang dilakukan oleh badan. Kejadian ini berlaku di RNR Temerloh. Pada masa itu kami berhenti di situ kerana ingin menunaikan solat isyak selepas pulang dari Kuantan. Selepas menunaikan solat, ayah aku kebiasaannya akan meminum secawan teh tetapi pada hari itu ayah aku memilih untuk minum kopi. Setelah setengah jam kami di situ dan apabila hendak melanjutkan perjalanan, tiba-tiba ayah aku mengadu kepalanya terasa berat dan meminta untuk rehat seketika.Setelah itu dia juga mengadu bahawa dia tidak bisa mengangkat sebelah tangannya ke atas. Pada waktu itu aku sudah risau dan bergegas mengambil alih untuk memandu kereta dan terus membawanya ke hospital. Sudah sampai di hospital, doktor terus bertanyakan simptom yang dihadapi oleh ayahku. Pada waktu itu aku tidak berhenti menangis dan terdapat pelbagai masalah yang aku fikir. Aku tidak terdaya untuk membawa kereta dalam keadaan yang begitu dan terpaksa menunggu ambulance untuk sampai. Doktor mengesahkan ayah aku mendapat serangan strok tetapi alhamdulilah dengan berkat doa dari semua orang ayah aku sudah kembali sihat seperti dulu. Aku tidak mampu untuk menghadapi situasi seperti ini lagi . 

Comments

Popular Posts